Tuesday 13 November 2012

jalan-jalan ke batu layar

Posted by Norisah Lee at 22:19
Assalamualaikum

perkara yang paling malas bila nak update blog adalah...
meresize gambar
aduuh malas btol sambil resize sambil menyumpah seranah
boleh begitew???
hari ahad lepas sepatutnya aku balik terengganu ambik mak
20hb ni mak nak terbang ke miri..
so aku pun apply la cuti on monday 12hb11 tuu
malangnya pulak..mak aku tanak datang pulak on that day
katanya sebab lambat lagi nak gi miri
watever lah mak!
disebabkan cuti dah apply..aku malas nak cancel
apatah lagi guna hrmis online apa kebenda bagai
aku proceed cuti aje larrr
maka timbul la idea nak bawak kenit jalan2
tempat ni kitaorg penah pegi on 2009
semuanya masih sama takde yang berubah
yang berubah cuma..
dulu kenit adalah baby sesangat lagi..
masa tu dia baru 2 thn kot
 sekarang sudah boleh diajak berposing..
 dan berposing...ntah hapa hapa
chalet betol2 tepi pantai
disebabkan hari isnin tu adalah hari bekerja
maka hanya kami dan ada satu family lagi yang menginap di situ
suasana pagi itu adalah nyaman yang teramat
sesudah subuh umar dah ajak aku ke pantai
hantu air..hahahaaaaa
ko mampu bangun pagi pegi pantai pakai kaftan??
mak encik ko memang belasah ajerrr
very the kampungdotcomdotmy
erghhh tak kuasa aku nak tuka2 baju..
main la nak..main..mak izinkan
dah balik umah kita..susah nak jumpa pantai lagi..
kat depan sana yang ada kapal2 banyak tu adalah teluk ramunia
penah dengar??
tesenyum simpol si kenit teruja dapat mandi pool
muka dia masa ni mengingatkan aku masa dia baby
pelampung fink ittew adalah pilihan dia sendiri ok!
bukan hasutan dari aku..
anak jantan korang ada yang suka pelampung fink tak??haha
siap corak floral yang tak tahan tuu
 baru je cecah kaki kat air
dia boleh cakap...mummy nanti kita datang lagi eaa..
pening kepala mak ko nak oiii
nak pegi kalu...pandai2 lah call
satu chalet katil queen baru rm100
kalu korang ada anak sorang mcm aku..
ok sangatlahh... sebab dia provide swimming pool
tak payah nak ambik risiko mandi laut
 sebelum balik..sempat pegi pantai untuk posing
batu2 tepi pantai cantik sangat
rugi kalu tak posing kat sini
 daddy n son...*mcm lah org tak tau*
 daddy n son..again
 and again...
 and again....apsal byk sgt gamba korang ni..penat mak ko tau!
eh eh..barulah ada gamba mak eaa.... 
 ketiak ko kenapa nak??
cantik sehhhh (pemandangan kat blakang tuuu)
apa???igt aku puji diri sendiri kerr?
retro...very the kulit album kumpulan rock tahun 80an...
xtau pulak kump rock mana yang ada vokalist wanita segemok itu
dah igt kump rock mana???
hahahaaaaa 
 bapak and anak ni asik menangkap anak ikan kat lopak air 
banyak jugak dapat anak ikan
tapi takde balang lak nak bawak balik
so...lepaskan la semula 
beza sungguh warna kulit kenit n daddy
tu anak ikan celah ibujari kenit nampak??
keliru...mahu mengambil gambar parents kah atau awan kah?? 
cubaan mensabotaj oleh kenit
 lagi...cobaan mensabotaj
 haa...ini baru betol!
dah boleh diharap utk mengambil gamba..
 seronoknya mereka..
 nanti nak bawak dia datang sini lagi lah!
baiii batu layar...
oh ya lupa lak nak bagitau
batu layar adalah kawasan peranginan terletak di pengerang
sesapa yang penah sampai ke desaru...
silalah naik lagi ke atas lebih kurang 10km kalo tak silap
eh ke lebih??? ntah la aku tak pasti plak...

0 comments:

 

cinta itu milik kita..sekali lagi Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting