hari sabtu yang lepas
sekolah umar ada buat event 'mother and child grand day'
sempena mother's day la tu
buat kat hotel 11@century kat depan pasaraya KSL
mmg grand habes la
siap jemput chef siti from singapore utk baking session
pastu ada sessi beauty consultancy
yang bagi ceramah tu ialah binik sheikh zainudin pembaca berita tv3 tu..
pastu ada penyanyi maizurah hamzah
as usual performance from budak2 ni lahhh
si umar asal balik dari sekolah asik belatih bejoget atas katil
pastu las2 siap bagi semua student ni sorang satu bunga ros
suruh bagi kat mak masing sambil hug n kiss n say i luv u mum
oh very the tacing sangat
hampir2 aku menitiskan airmata
nak2 pulak pasang laguayah dan ibu sudirman
memang begenang2 la airmata (eh ke aku sorang je yang nangis?)
dasarrrrrrrrrrr
apa2 pun enjoy sangat hari tu
yang spoilnya makanan laa...tak berapa nak sedap sgt
kalo pihak hotel baca blog ni..tolong la upgrade sikit yeh
maafkan saya kerana mengkomen...
ini namanya teknik meyorokkan separuh badan di belakang anak
bijak tak???
masa nak balik sempat la begambo ngan maizurah
cute sangat walopon dah berusia
kalo tak silap dia lagi tua dari aku
rupanya dah bertudung skarang
ntah cemana dibelitnya tudung dia tu pon tak taulah haku
tangan dia tu ada lengan baju panjang tapi warna sama ngan kulit
macam pakai sleeveless je kan?
hahahaaaa.....
sekian laporan saya!
0 comments: