di pagi hari raya...
anakanda dah siap lawa2..
ke masjid untuk solat raya
umar dah mcm anak bangladesh haku tengok!
with cousins
ini masjid kampung saya
dah 5 tahun kot aku tak jejak
las pun masa solat terawih zaman blom kawen dulu..
sebahagian bukti yang menunjukkan..
keluarga kami didominasi oleh kaum perempuan
hahaha...kesian mak
setelah berabis dekat seribu belikan cucu2 baju kasut raya
akhirnya baju dia sendiri tak terbeli..
mak cakap...
masa sehari sebelum raya akim ada tanya pasal baju raya tokwan
akim nak belikan pon dah tak sempat..kedai dah tutup
akhirnya baju raya tokwan adalah paling gojes pada tahun ini..
huahuahuaaaaaa
aku rasa terlalu banyak error pada gamba ni..
antaranya..umar sebenarnya berlakon tido
muka laki aku cuak gila dihempap bebanan 80kilo anak dan bini
paling tak bleh blah...
sofa tu terlalu kecik untuk kami bertiga
barulah ada gamba semenggah sikit
yang ini dua menggah
me with cousins yang semuanya anok dare suntiiii
di pusara arwah tokki..
hilang seorang ahli keluarga sahaja
cukup membuatkan suasana raya tahun ni begitu berlainan
adik mak aku sangat la gembeng
sebut ajer pasal arwah..mesti nangis
aduuuuhhhh...yang lain2 pon semua takleh tahan tgk dia nangis
drama sebentar jadinya...
umar with kak eci..
eci ni baru darjah satu..
tapi jauh lebih besar dan matured dari umar
aku taktau la wether si umar yang terbantut tumbesaran
or eci yang telebih membesar dengan jayanya
beza dua tahun jer diaorg neh
haaa...husna nak dapat adik dah tak lama lagi..
dan ini adalah generasi tertua dalam keluarga kami
adik kepada arwah nenek aku
tapi dia bela kakak aku yang sulong dari kecik lagi
skg pon dia tinggal ngan kakak aku yang sulong
anak dia meninggal masa kecik semuanya..(eh ke sorang je anak dia?
ntah aku tak pasti sgt
nama nenek ni pon very the klasik u...kuntum..
bermain tumbling monkey di hari raya
haihlahhh budak2 zaman sekarang
again..with cousin
amboi mak hincikkk.....
sekian..cerita hari raya kami..