Tuesday 20 November 2012

mak terbang ke miri..umar tinggal kat kampung

Posted by Norisah Lee at 18:21 3 comments
Assalamualaikum..
tu diaa..pantun dua kerat yang tak berapa nak menjadi
blasahhh!!!
sabtu malam..adik sampai JB lebih kurang 8.30malam
pecaya or not..malam tu jugak kitaoreng balik ke Terengganu
pukul 12.30 bertolak sampai kampung 9.00pagi
sampai2 jek tgk buah rambutan kemain melebat kat pokok
teruja kami anak beranak
pukul 6.00ptg...kemas kain baju
kami berangkat balik ke JB semula
hebat kan???
segalanya berjalan ikut perancangan
mak ikut balik JB, umar tinggal kat kampung
suka dia dapat jumpa sepupu sepapat
7hb12 ni ofis aku ada buat kursus kat tasik kenyir
so ikut plan lepas kursus tu nanti aku ambik dia naik bas balik JB
mak n adik pun dah selamat sampai ke Miri
tinggal la aku berdua je ngan daddy kat rumah
rindu?? toksah cerita laaa...mmg rindu gila babs punya kat umar...
gambar takde sb malas nak resize...muahahahaaa

Thursday 15 November 2012

ada beberapa cerita..

Posted by Norisah Lee at 18:39 0 comments
Assalamualaikum...

pertamanya...
semalam...tgh rilek2 tgk tv
sumathi jiran selang 3buah rumah dtg
ingatkan kenapa..rupanya dtg antar duit raya utk umar
haiilahhh..very the semangat 1Malaysia kan??
siap ada belated birthday present utk umar
terharu mak!
sumathi mmg jiran yang bagus
sangat ambil berat pasal jiran2 semua
tiap2 kali deepavali..
mmg umar merasalah angpau dari auntie sumathi ni 
siap bagi kuih2 raya lagi uollsss
oh mai inglishh!!!
uoll mesti igt dia tgh makan pisang kan??
oh no no nooo..itu adalah aiskrim ok!
aku pun mula2 tgk...
eh mana dtg pulak pisang ni?
rupa2nya aiskrim tu jellynya dikopek konon2 pisang
otak budak2 memang kreatif kan?
ok..ini pulak cerita adik gua...
she's coming all the way from miri..
and...it's tomorrow..

itu saja laporan!

Tuesday 13 November 2012

jalan-jalan ke batu layar

Posted by Norisah Lee at 22:19 0 comments
Assalamualaikum

perkara yang paling malas bila nak update blog adalah...
meresize gambar
aduuh malas btol sambil resize sambil menyumpah seranah
boleh begitew???
hari ahad lepas sepatutnya aku balik terengganu ambik mak
20hb ni mak nak terbang ke miri..
so aku pun apply la cuti on monday 12hb11 tuu
malangnya pulak..mak aku tanak datang pulak on that day
katanya sebab lambat lagi nak gi miri
watever lah mak!
disebabkan cuti dah apply..aku malas nak cancel
apatah lagi guna hrmis online apa kebenda bagai
aku proceed cuti aje larrr
maka timbul la idea nak bawak kenit jalan2
tempat ni kitaorg penah pegi on 2009
semuanya masih sama takde yang berubah
yang berubah cuma..
dulu kenit adalah baby sesangat lagi..
masa tu dia baru 2 thn kot
 sekarang sudah boleh diajak berposing..
 dan berposing...ntah hapa hapa
chalet betol2 tepi pantai
disebabkan hari isnin tu adalah hari bekerja
maka hanya kami dan ada satu family lagi yang menginap di situ
suasana pagi itu adalah nyaman yang teramat
sesudah subuh umar dah ajak aku ke pantai
hantu air..hahahaaaaa
ko mampu bangun pagi pegi pantai pakai kaftan??
mak encik ko memang belasah ajerrr
very the kampungdotcomdotmy
erghhh tak kuasa aku nak tuka2 baju..
main la nak..main..mak izinkan
dah balik umah kita..susah nak jumpa pantai lagi..
kat depan sana yang ada kapal2 banyak tu adalah teluk ramunia
penah dengar??
tesenyum simpol si kenit teruja dapat mandi pool
muka dia masa ni mengingatkan aku masa dia baby
pelampung fink ittew adalah pilihan dia sendiri ok!
bukan hasutan dari aku..
anak jantan korang ada yang suka pelampung fink tak??haha
siap corak floral yang tak tahan tuu
 baru je cecah kaki kat air
dia boleh cakap...mummy nanti kita datang lagi eaa..
pening kepala mak ko nak oiii
nak pegi kalu...pandai2 lah call
satu chalet katil queen baru rm100
kalu korang ada anak sorang mcm aku..
ok sangatlahh... sebab dia provide swimming pool
tak payah nak ambik risiko mandi laut
 sebelum balik..sempat pegi pantai untuk posing
batu2 tepi pantai cantik sangat
rugi kalu tak posing kat sini
 daddy n son...*mcm lah org tak tau*
 daddy n son..again
 and again...
 and again....apsal byk sgt gamba korang ni..penat mak ko tau!
eh eh..barulah ada gamba mak eaa.... 
 ketiak ko kenapa nak??
cantik sehhhh (pemandangan kat blakang tuuu)
apa???igt aku puji diri sendiri kerr?
retro...very the kulit album kumpulan rock tahun 80an...
xtau pulak kump rock mana yang ada vokalist wanita segemok itu
dah igt kump rock mana???
hahahaaaaa 
 bapak and anak ni asik menangkap anak ikan kat lopak air 
banyak jugak dapat anak ikan
tapi takde balang lak nak bawak balik
so...lepaskan la semula 
beza sungguh warna kulit kenit n daddy
tu anak ikan celah ibujari kenit nampak??
keliru...mahu mengambil gambar parents kah atau awan kah?? 
cubaan mensabotaj oleh kenit
 lagi...cobaan mensabotaj
 haa...ini baru betol!
dah boleh diharap utk mengambil gamba..
 seronoknya mereka..
 nanti nak bawak dia datang sini lagi lah!
baiii batu layar...
oh ya lupa lak nak bagitau
batu layar adalah kawasan peranginan terletak di pengerang
sesapa yang penah sampai ke desaru...
silalah naik lagi ke atas lebih kurang 10km kalo tak silap
eh ke lebih??? ntah la aku tak pasti plak...

Thursday 8 November 2012

tolong doakan..

Posted by Norisah Lee at 20:57 0 comments
Assalamualaikum...

minta kalian pembaca blog 'cinta itu milik kita...sekali lagi'
doakan bapa mentua saya yang sedang tenat di hospital
my FIL mmg ada semput yang teruk
sekarang doktor kata jantung pun dah tak kuat
doktor minta supaya ahli keluarga sentiasa ada di sisi beliau
ohhh...saya tak suka situasi ini..
saya teringat arwah bapak...
Ya Allah..kuatkanlah hatiku..

Wednesday 7 November 2012

boy..

Posted by Norisah Lee at 19:38 2 comments
Assalamualaikum...

abang longg oh abang longggg.......

 
 
bedebar-debar mummy nak gi skul arini
nak collect report card..
cemana lah agaknya result exam kamu ni ya??

Sunday 4 November 2012

annually concert n graduation sekolah umar

Posted by Norisah Lee at 17:44 3 comments
Assalamualaikum...

hari ahad..konsert stat pukul 8 mlm
pukul 7.30 dah kena register
daddy pulak keja siang balik pukul 5pm
so pukul 5 tu aku ngan umar dah siap2 wangi2 pakai baju lawa2
kejap lagi daddy sampai rumah jer terus chow
kali ni concert buat kat the zon regency hotel kat stulang
tunggu punya tunggu...
haii pukul 6.30 daddy blom sampai lagi
telefon pon tak angkat
aku dah mula cuak..slalu pikir benda bukan2...nauzubillah
umar dah habis round rumah jiran depan bagitau nak gi concert
perangai kak nam mana laa ko ikut ni nak oiii
kecoh semacam...
rupanya ujan lebat kat johor port
laki i kan naik motor..tapi demi anak
dia redah jugak ujan lebat tu
dia sampai rumah dah pukul 7
u olls bayangkan betapa bepeluhnya keti aiii menunggu...
 
 cina kongfu tengah besiap...
sama tak muka kitaorg?? sama tak? sama tak? 
saat memasuki dewan..masa ni dia behave lagi..
sat lagi dia jumpa kwn2...subhanallahhh
tekinja sana tekinja sini
aku risau satu jer...ko ni bukan blh tekinja sgt
kang blueekkk satu dewan bau muntah ngko
dari kecik sampai beso tak abih2 muntah 
aii tuan beso pon nak begambo jugekkk
kerawang2 tu cantik katanya...
huuh pada aku tak cantik langsung..menyemak ada larrr
tak tau laa pandangan mata ngko cemana bangg
errkkk patut la ko pilih aku jadi bini yekk
sebab aku pon tak cantik gittewww *menangis dalam hati*
yang itu teacher aizat n teacher adah
tengah register
ktaoreng duk table 17
sangat tak lucky
time lucky draw semua yang duk table ni alahai sipi2 jek  
cuma viewnya sangat best larr...btl2 tgh2 
mak incik kelaparan..kul 11 malam baru boleh makan
 
subhanallahh gemoknya akuuuuu
baru perasannn...
tak mengapa lah gemok pon..nak buat cemana..
ayat pasrah nampak! 
 
aku agak baju ni laaa yang buat aku nampak gemok sgt
salahkan baju????? hahahaaaa 
 
anakanda dah sedia nak gi belakang pentas
aku tgk budak2 lain semua mak antarkan
si umar ni aku suruh pegi sendiri jek
mmg aku nak ajar dia berdikari
tak payah nak manja2 sgt..
kita buktikan pada nenek yg anak sorang tak semestinya manja
yelahh u ollss..aku ni dah naik bedesing telinga
setiap kali balik kg...mesti mak mertua aku ckp
...alah anak sorangg.. manja telebihhh
ehhh sorry ea mak eaaa...sorang ke 40 org ke anak aku
sori takde manja2 eaaa...takde takdeeetakdeeeerrr
aik??? lepas geram pulak???
 
 anak sapalaaa yang over sgt tu??
 
ini masa nak perform...ohh myy englishhh..oh maiii...
kalo dapat upload video best jugak
tapi malas nak tunggu..lambat cam hareemmm!
overall adalah best..cuma satu je nak komplen
kalo boleh next time buat la time ptg mcm tahun lepas
buat malam..bagi bangsa2 penidur awal mcm mak incek ni..
adalah satu seksaan ok..
kita yang tua pon ngantuk
apatah lagi baby2 yang umur bawah setahun tu
nak tidur tak boleh..bedentum sana bedentum sini
si abang2 n kakak2nya duk tekinja kat pentas..
habis majlis dekat pukul 12..
semua dah tesangap-sangap!
 

cinta itu milik kita..sekali lagi Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting